Apakah itu IFHD?
Tiada istilah terlambat untuk mengubah kesihatan anda. IFHD bukan semata-mata program diet untuk turunkan berat badan, tetapi menjadikan elemen pemakanan sebagai terapi untuk menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan.
Setiap penyakit pasti ada akar umbinya dan perlu dirawat punca. Ironinya, ramai pesakit bergantung pada ubat yang hanya sekadar menutup simptom sahaja.
IFHD adalah satu-satunya program di Malaysia yang fokus untuk ‘REVERSE BLOOD TEST’ dimana ia menjadi indikator kepada kejayaan baikpulih sistem badan kembali mantap. Sistem badan manusia terdiri dari zat. Oleh sebab itu, kekurangan nutrisi dari amalan pemakanan moden mampu merosakkan keseluruhan sistem badan.
Konsep IFHD menggabungkan tiga elemen PENTING iaitu ‘REMOVE, REPAIR, RESET’.
Siapa yang perlu join IFHD?
01. Penyakit Kronik (diabetes, penyakit buah pinggang kronik, hipertensi, gout, masalah kolesterol dan lain-lain)
02. Masalah berat badan/ Obesiti
03. Masalah gastrousus/ penghadaman
04. Masalah kulit dan alergik
IFHD?
IF = INTERMITTENT FASTING
HD = HORMONE DIET
REMOVE – Pantang makanan pencetus radang
REPAIR – Fokus pengambilan makanan padat nutrisi, anti-inflammatori & antioksida.
RESET – Keseimbangan antara EMOSI, JIWA, MINDA & FIZIKAL untuk keharmonian sistem badan.
RTR - Rapid Total Recovery
Secara asasnya ini adalah perincian program :
- Membincangkan senario masa kini yang berlaku termasuklah statistik penyakit dinegara kita dan diluar negara
- Perincian mitos-mitos dan kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat dalam menurunkan berat badan dan mengawal penyakit
- Isu industri perubatan, pertanian, pemakanan dan apakah disebaliknya
- Pengenalan tentang penyakit dan apakah disebalik setiap penyakit dan proses penyembuhan secara sains.
- Pemahaman tentang proses yang terlibat dalam organ dalaman dan apakah indikasi penting di dalam keputusan darah.
- Elemen pemakanan dan kesihatan di dalam Al-Quran serta kesihatan spiritual dalam menentukan kesihatan menyeluruh.
- Memahami aspek perubatan alternatif
- Pengenalan terperinci tentang zat makanan termasuk protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral, herba, fitonutrient
- Impak stress dan trauma terhadap sistem badan.
- Strategi khusus buat individu tanpa tekanan dengan mengambil kira latar belakang, etnik, profession supaya semua golongan manusia dapat melakukan program tanpa halangan dan tekanan serta kekangan.