Diabetes sering digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana ia boleh berkembang tanpa sebarang gejala jelas pada peringkat awal. Ramai orang hanya sedar mereka menghidap diabetes apabila komplikasi serius sudah berlaku. Untuk elakkan perkara ini, jom kita kenali 5 tanda awal diabetes yang ramai orang selalu abaikan.
1. Cepat Rasa Haus dan Selalu Dahaga
Salah satu tanda awal diabetes ialah rasa dahaga yang berlebihan, walaupun anda sudah minum air mencukupi. Ini berlaku kerana paras gula dalam darah yang tinggi menyebabkan badan anda kehilangan banyak air melalui air kencing.
2. Kerap Buang Air Kecil, Terutamanya Pada Waktu Malam
Jika anda asyik bangun malam untuk buang air kecil, ini mungkin tanda gula berlebihan dalam darah anda. Ginjal bekerja lebih keras untuk mengeluarkan gula tambahan ini, menyebabkan anda kerap ke tandas.
3. Rasa Letih atau Lesu Tanpa Sebab Yang Jelas
Badan anda memerlukan glukosa sebagai sumber tenaga. Namun, apabila berlaku kerintangan insulin, sel-sel tubuh menjadi tidak sensitif terhadap hormon ini. Pada peringkat awal diabetes, insulin mungkin masih mencukupi, tetapi sel-sel tidak dapat menggunakannya dengan baik. Hasilnya, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel untuk ditukar menjadi tenaga. Keadaan ini menyebabkan anda berasa letih dan mudah mengantuk walaupun anda tidak melakukan aktiviti berat.
4. Penglihatan Kabur Secara Tiba-Tiba
Paras gula yang tinggi dalam darah boleh menjejaskan saraf dan cecair dalam mata, menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Tanda ini sering diabaikan kerana ramai yang anggap ia hanya masalah mata biasa.
5. Luka Lambat Sembuh
Jika anda perasan luka kecil seperti calar atau gigitan serangga mengambil masa lama untuk sembuh, ini mungkin tanda paras gula tinggi dalam darah. Gula tinggi boleh melambatkan proses penyembuhan dan meningkatkan risiko jangkitan.
6. Berat Badan Naik Secara Tiba-Tiba atau Tidak Terkawal
Peningkatan berat badan tanpa sebab yang jelas boleh menjadi tanda awal diabetes, terutama jika disertai dengan simptom lain. Apabila kerintangan insulin berlaku, badan tak boleh menggunakan insulin dengan efektif. Lebihan gula dalam darah yang tak ditukar dan guna sebagai tenaga akan disimpan sebagai lemak.
Jangan Tunggu Sampai Terlambat
Tanda-tanda ini mungkin nampak kecil, tapi ia boleh menjadi petanda awal masalah yang lebih serius. Jika anda mengalami salah satu atau lebih daripada tanda ini, jangan abaikan! Kesihatan anda adalah pelaburan terbaik. Ambil tindakan hari ini sebelum terlambat!